Syarat-syarat Menjadi Imam dan Makmum Solat Berjemaah

Syarat-syarat Menjadi Imam dan Makmum Solat Berjemaah
oleh Abu Basyer pada 13 Agustus 2011 jam 0:13

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Nabi SAW memberi wasiat kepada umatnya supaya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.

 

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya, “Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendiriian solat fardu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu duha) , maka ianya seperti pahala umrah sunat”.(Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani , Baihaqi )

 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). ” (Hadis riwayat Bukhari dan Musliam)

 

Sebelum melaksanakan solat fardu berjemaah kita perlulah mengetahu syarat-syarat sah menjadi imam dalam solat berjemaah.

 

Sebelum memulai solat dengan makmumnya, seorang imam setelah muazin selesai mengumandangkan azan dan qamat (iqamah), maka imam berdiri paling depan dan menghadap makmum untuk mengatur barisan terlebih dahulu. Jika sudah lurus, rapat dan rapi imam menghadap kiblat untuk mulai ibadah solat berjamaah dengan khusyuk.

Dalam kita mengerjakan solat berjemaah untuk lelaki saf yang paling baik adalah saf yang paling hadapan sekali dan untuk saf wanita adalah di barisan paling belakang sekali.

 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW. bersabda, “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 615. Muslim, no. 137)

 

“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)

 

A. Syarat Untuk Menjadi Imam Solat Berjamaah :

 

1. Lebih banyak mengerti dan paham masalah ibadah solat.

2. Lebih banyak hafal surah-surah al-Quran.

3. Lebih fasih dan baik dalam membaca bacaan-bacaan solat.

4. Lebih tua daripada jamaah lainnya.

5. Tidak mengikuti gerakan soalat orang lain.

6. Laki-laki. Tetapi jika semua makmum adalah wanita, maka imam boleh perempuan.

 

Bacaan dua rekaat awal untuk solat zuhur dan ashar pada surat al-Fatihah dan bacaan surah pengiringnya dibaca secara perlahan (sirran yang hanya boleh didengar sendiri, orang lain tidak jelas mendengarnya). Sedangkan pada solat maghrib, isya dan subuh dibaca secara nyaring yang dapat didengar makmum. Untuk solat Jumaat, Aidul fitri, Aidul adha, gerhana, istiqo, tarawih dan witir dibaca nyaring, sedangkan untuk solat malam dibaca sedang, tidak nyaring dan tidak perlahan.

 

B. Syarat sah menjadi makmum dalam solat berjamaah

 

1. Niat untuk mengikuti imam dan mengikuti gerakan imam.

2. Berada satu tempat dengan imam.

3. Lelaki dewasa tidak sah jika menjadi makmum imam perempuan.

4. Jika imam batal, maka seorang makmum maju ke depan menggantikan imam.

5. Jika imam lupa jumlah rekaat atau salah gerakan solat, makmum mengingatkan dengan membaca subhanallah dengan suara yang dapat didengar imam. Untuk makmum perempuan dengan cara bertepuk tangan.

6. Makmum dapat melihat atau mendengar imam.

7. Makmum berada di belakang imam.

8. Mengerjakan ibadah solat yang sama dengan imam.

9. Jika datang terlambat, maka makmum akan menjadi masbuk yang boleh mengikuti imam sama seperti makmum lainnya, namun setelah imam salam masbuk menambah jumlah rakaat yang tertinggal. Jika berhasil mulai dengan mendapatkan rukuk bersama imam walaupun sebentar maka masbuk mendapatkan satu rakaat. Jika masbuk adalah makmum pertama, maka masbuk menepuk pundak imam untuk mengajak solat berjamaah.

 

C. Kedudukan Imam Dan Makmum Solat Jamaah.

 

1. Jika terdiri dari dua lelaki atau dua wanita saja, maka yang satu menjadi imam dan yang satu menjadi makmum berada di sebelah kanan imam agak ke belakang sedikit.

 

2. Jika makmum terdiri dari dua orang atau lebih maka kedudukan makmum adalah membuat barisan sendiri di belakang imam. Jika makmum yang kedua adalah masbuk, maka masbuh menepuk bahu makmum pertama untuk melangkah kebelakang membuat barisan tanpa membatalkan solat.

 

3. Jika terdiri dari makmum lelaki dan makmum wanita, maka makmum laki-laki berada dibelakang imam, dan wanita dibalakang makmum lelaki.

 

4. Jika ada anak-anak maka anak lelaki berada di belakang makmum lelaki dewasa dan disusul dengan makmum anak-anak perempuan dan kemudian yang terakhir adalah makmum perempuan dewasa.

 

D. Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :

 

1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

 

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini

kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut

tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat

sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu

berulang ketika dia menunaikan solat.

 

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat.

 

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Masud maksudnya : “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna”.

 

Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah:” Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah SAW sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun”. (Hadis Riwayat Bukhari)

 

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu

atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

 

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

 

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya. Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

 

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk

 

8) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

 

Tugas Imam Solat :

Tidak boleh menjadi imam jika sekalian makmumnya membencinya atau tiada bersetuju dengannya. Jangan ke depan juga kalau di belakang ada orang yang lebih faqih daripadanya, kecuali jika orang itu enggan ke depan, ketika itu bolehlah dia menjadi Imam. Dalam hal ini, makruh masing-masing tolak menolak untuk menjadi Imam.

 

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita berlumba-lumba melakukan solat fardu berjemaah di masjid atau di surau untuk mencari kelebihan dan ganjaran pahala yang lebih besar dan mencari rahmat dan keberkat di sisi Allah SWT kerana solat yang utama adalah dilakukan secara berjemaah. Sebagai imam atau makmum dalam solat berjemaah kita juga perlulah memahami syarat-syarat menjadi imam atau makmum supaya solat kita benar-benar menepati kehendak sunah Rasulullah SAW dan dilaksanakan dengan cara terbaik kerana pentingnya solat yang betul adalah kerana amalan manusia yang mula-mula di soal di hari akhirat adalah solatnya, jika betul dan sempurna maka barulah amalan-amalan lain akan dihisab oleh Allah SWT.

About these ads

Komentar ditutup.