Doa Dan Salawat.

Doa dan Salawat untuk memohon agar Allah memberikan cahayaNya kepada kita agar dibukakan pintu hati kita yang tertutup, dilembutkan hati kita yang keras membatu dan menerangkan hati kita yang gelap gelita.

Mudah-mudahan kita sentiasa mampu memahami petunjuk yang Allah berikan dalam hidup kita. Mampu menjadikan hati kita hati yang terbaik justeru fikiran yang positif, bersemangat, kreatif, memiliki idea dan sebagainya.

Diam sejenak… sedarilah bahawa Allah bersama kita, sangat-sangat dekat dan Maha Mendengar… perlahan-lahan kita mohon pada Allah…

Allahumma shalli ‘ala nuril anwari wa sirril asrari wa tiryaqil aghyari wa miftahi babil yasari Sayyidina Muhammadinil mukhtari wa alihil athhari wa ashhabihil akhyari ‘adada ni’amillahi wa ifdhalih.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami, Nabi Muhammad SAW yang terpilih, keluarganya yang suci, dan para sahabatnya yang mulia sebanyak hitungan.

Selalu amalkan:
Bangun pagi mohon keampunan Allah agar kesalahan yang ada tidak menjadi hijab untuk menerima petunjuk dan kekuatan dari Allah serta diri sentiasa dihindarkan Allah dari melakukan dosa.

Kemudian amalkan salawat ini mohon Allah mengilhamkan cahayaNya kepada kita.

Kepada semua… mari amalkan sama-sama. Yang utama sedarlah Allah.

Semoga Allah memberikan cahayaNya iaitu petunjuk dan kekuatan kepada kita semua dalam menjalani kehidupan seharian.

Namun pergantungan kita tetap 100% pada Allah.. salawat dan doa permohonan kita kepadaNya.

Amin Ya Allah.

About these ads

Komentar ditutup.