KISAH CINTA SEORANG WANITA TERHADAP RASULULLAH

KISAH CINTA SEORANG WANITA TERHADAP RASULULLAH.

Orang-orang Islam telah banyak menghadapi penderitaan dan ramai juga yang telah syahid dalam peperangan Uhud. Apabila berita yang mencemaskan ini sampai ke Madinah, wanita wanita telah keluar dari rumah mereka kerana didorrong oleh perasaan bimbang untuk mengetahuk keadaan sebenar.

Apabila melihat suatu kumpulan yang pulang, seorang wanita Ansar te
rus bertanya dengan penuh bimbang, “Bagaimana keadaan Rasulullah?”
Salah seorang daripada kumpulan itu memberitahu, “Bapamu telah syahid”
Beliau lalu membaca ‘inalillahi wainalillahirojiun’ dan kemudian dengan tidak sabar-sabar terus bertanya tentang ehwal Rasulullah.

Pada ketika itu juga seorang telah meyampaikan berita kesyahidan suaminya, yang lain pula datanng memberitahu tentang kesyahidan anak lelakinya dan yang lain pula dantang memberitahu tentang kesyahidan saudara lelakinya. Mereka semua telah syahid tetapi beliau tetap bertanya “Rasulullah bagaimana?”

Orang ramai memberitahu bahawa Rasulullah sedang dalam perjalanan pulang dalam kedaan selamat. Berita itupun masih belum dapat menengkannya.

Beliau terus berkata “Beritahulah aku di manakah Rasulullah”?

Orang ramai menunjukkan ke satu arah dan berkata, “Baginda ada dalam kumpulan itu”

Beliau berlari-lari pergi hinggalah beliau menyejukkan matanya dengan memandang Nabi Saw sambil berkata “Wahai Rasulullah, segala musibah menjadi ringan dan mudah setelah dapat melihat tuan”

Dalam riwayat lain ada diberitakan bahawa beliau memegang kain Rasulullah dan berkata “Saya sanggup mengorbankan ayah dan ibu saya untuk tuan. Saya tidak kisah siapa pun yang meninggal dunia asalkan saya dapati tuan hidup dan selamat”

(Tarikhul-Khamis)

About these ads

Komentar ditutup.