~* NASEHAT WASIAT ~*

Muhammad abu

 

~* NASEHAT WASIAT ~*

Baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah berwasiat kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu di dalam beberapa perkara. Beberapa TANDA untuk kita mengambil manfaatannya dalam membina ketaatan. Semoga menambah kebaikan untuk kita sekalian . InsyaAllah.

Wahai Ali ! Bagi orang ALIM itu ada TIGA tanda nya :
Jujur dalam kata-kata nya.
Menjauhi segala yang haram dalam hidup nya.
Merendahkan diri nya.

Wahai Ali ! Bagi orang JUJUR itu ada TIGA tanda nya :
Merahasiakan ibadah nya.
Merahasiakan sedeqah nya.
Merahasiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali ! Bagi orang yang TAQWA itu ada TIGA tanda nya :
Takut melakukan kekejian dan dusta.
Menjauhi kejahatan dan bahaya nya.
Memohon yang halal karena takut jatuh dalam keharamannya.

Wahai Ali ! Bagi ahli IBADAH itu ada TIGA tanda nya :
Mengawasi ( muhasabah ) diri nya.
Menghisab diri nya.
Memperbanyakkan ibadah kepada Tuhan Nya.

ILMU adalah sebaik-baik TEMAN.
PENGETAHUAN adalah sebaik-baik REKAN.
KASIH SAYANG adalah sebaik-baik HUBUNGAN.
KEIKHLASAN adalah sebaik-baik KEJUJURAN.

Komentar ditutup.