~* Keikhlasan ~*

Allah malaikat sayap

 

~* Keikhlasan ~*

Manusia ini selalu terlupa akan diri nya
Maka ilmu itu di ulang-ulang untuk mengingatkan nya.

Suatu hari seorang lelaki telah bertanya kepada Imam Mu’az bin Jabal r.a. :
Apakah ada Hadith-hadith yang tuan pernah dengar daripada Baginda Rasulullah s.a.w. ?

Imam Mu’az pun terdiam sebentar kemudian beliau dengan tiba-tiba saja menangis dengan hebat nya seolah-olah tidak akan berhenti lagi tangisan nya.
Setelah lama kemudian Imam Mu’az reda daripada tangisan nya lalu beliau bercerita :
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Dengarlah wahai Mu’az . Mudah-mudahan akan menjadi kebaikan bagi mu jika engkau selalu ingat dan senantiasa awas.
Sesungguhnya Allah telah menciptakan tujuh Malaikat sebelum Allah menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Pada setiap lapisan langit ada pintu nya dan pada setiap pintu langit ada seorang Malaikat yang besar terlihat indah dan hebat menjaganya.
LANGIT PERTAMA :
Mengumpat dan memfitnah.
Naik Malaikat Hafazah ke langit pertama membawa amalan seorang hamba yang di lakukan pagi dan petang siang dan malam. Bersinar-sinar cahaya amalan nya seperti cahaya matahari. Lalu Malaikat penjaga pintu langit pertama berkata : Berhenti. Bawa kembali amalan orang itu dan hempaskan ke muka nya. Aku Tuhan tempatkan di sini untuk mengawasi dosa-dosa orang yang mengumpat dan memfitnah sesama nya. Aku tidak akan membiarkan amalan yang begini naik menemui Tuhan Nya. Maka Malaikat Hafazah tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KEDUA.
Bermegah dengan kebendaan.
Datang pula Malaikat Hafazah lain nya membawa amalan soleh hamba Allah yang bersinar-sinar cahaya nya. Apabila sampai ke langit kedua maka Malaikat penjaga pintu langit telah berkata : Berhenti. Ambil amalan itu pukulkan ke muka nya karena amalan nya bersarang dengan kemegahan dunia. Amalan ini tidak boleh melintasi ku karena dia bermegah-megah dengan amalan nya kepada manusia dan mencari keredhaan mereka. Maka Malaikat Hafazah tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KETIGA.
Takabbur.
Naik pula Malaikat Hafazah yang lain membawa amalan hamba Allah yang bercahaya dan cemerlang dari amalan sedeqah puasa dan sembahyang yang menakjubkan para Malaikat sekelian. Apabila tiba di langit ketiga maka di tahan Malaikat penjaga nya dan berkata :
Berhenti. Ambil amalan ini dan pukulkan ke muka tuan nya. Aku Malaikat yang mengawas sifat-sifat Takabbur tidak akan membenarkan amalan ini melintasi aku dengan perintah Allah.Sungguh aku telah mengetahui pemilik amal ini sangat sombong. Ia menyombongkan ibadahnya dan menyombongkan perbuatannya di hadapan manusia. Maka Malaikat Hafazah pun tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KEEMPAT.
Ujub.
Naik lagi Malaikat Hafazah ke langit keempat membawa amalan hamba Allah yang bersinar-sinar cahaya nya. Sungguh hebat berdengung-dengung bunyi amalan nya berisi tasbih sembahyang haji dan umrah nya. Lalu Malaikat penjaga pintu langit itu berkata :
Berhenti. Tidak di benarkan melintasi dan lewat di sini. Aku Malaikat penjaga pintu keempat di perintahkan Allah memukulkan amalan nya ke muka nya ke belakang nya dan ke perut nya karena aku Malaikat yang mengawasi sifat ujub mendapati dia sangat ujub dengan amalan nya sehingga menghairankan diri nya. Maka Malaikat Hafazah pun tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KELIMA.
Hasad Dengki.
Naik lagi Malaikat Hafazah yang lain nya membawa amalan hamba Allah umpama berarak pengantin perempuan dengan hebat nya. Lalu Malaikat penjaga pintu langit berkata : Berhenti. Pukulkan amalan ini ke muka tuan nya ke tengkuk nya dan ke bahu nya. Aku Malaikat mengawas sifat-sifat dengki manusia tidak akan membenarkan amalan begini naik ke atas sana. Maka Malaikat Hafazah pun tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KEENAM.
Tidak berbelas kasihan.
Malaikat Hafazah yang lain nya pula membawa amalan hamba Allah mengadap Tuhan lalu di tahan Malaikat penjaga pintu langit ke enam. Berhenti. Ambil amalan nya dan palukan ke muka tuan nya kerana dia tiada berbelas kasihan sesama manusia. Orang di timpa bala. Dia hanya suka saja melihat nya. Aku Malaikat rahmat sentiasa mengawasi sifat rahim manusia. Allah telah memerintahkan kepada ku supaya tidak membiarkan amalan orang yang tidak ada belas kasihan naik ke atas sana menemui NYA. Maka Malaikat Hafazah pun tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KETUJUH.
Riak.
Naik Malaikat lain nya hingga langit ketujuh membawa amalan hamba Allah yang indah cemerlangnya bersinar-sinar umpama matahari di iringi dengan tiga ribu Malaikat hendak melintasi langit ketujuh. Maka di tahan oleh Malaikat pintu langit. Berhenti. Palukan amalan ini ke muka nya dan segala anggota badan nya dan tutupkan pintu hati nya dengan amalan nya. Dia melakukan amalan hanya untuk mencari kemasyuran dan puji-pujian. Amalan nya tidak ikhlas kepada Allah melainkan riak kepada manusia. Aku di larang oleh Allah melepaskan amalan yang begini naik ke atas sana. Maka Malaikat Hafazah tidak jadi meneruskan perjalanan nya.

LANGIT KEDELAPAN.
Tidak benar-benar ikhlas.
Naik pula Malaikat Hafazah lain nya membawa amalan hamba Allah yang soleh dari sembahyang nya dari zakat nya dari haji umrah nya dari warak nya dari baik akhlaq nya dari berdiam diri nya dan dai sentiasa dzikirnya. Amalan nya di iringi oleh Malaikat segenap petala langit kerana kebesaran kehebatannya sehingga dapat melintasi segenap tujuh lapisan pintu langit dan menembusi hijab yang jauh dari langit ke tujuh menuju ke hadrat Allah Subhanahuwataala. Lalu mereka sekalian nya berhenti di hadapan Allah Taala menjadi saksi atas amalan orang soleh itu karena ikhlasnya. Maka Allah berfirman : Kamu semua penjaga amalan hamba-hamba KU sedangkan AKU pengawas atas diri nya. Sebenarnya amalan nya bukan karena keredhaan KU hanya lain yang di cari nya maka AKU turunkan laknat ke atas nya dan semua Malaikat pun turut melaknat bersama Allah dan melaknat pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan segala isi nya.
( H.R.Imam Mu’az bin Jabal r.a. ).

Iklan

Komentar ditutup.