PEMBUKA KHAZANAH REZEKI

 

PEMBUKA KHAZANAH REZEKI

00AA054YvdX

 

PEMBUKA KHAZANAH REZEKI :

MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN BERTAUBAT.
Firman ALLAH : Maka AKU katakan kepada mereka :
Mohonlah ampun kepada Tuhan MU. Sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun. Nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepada mu dan memperbanyakkan harta dan anak mu dan mengadakan untuk mu kebun-kebun dan mengadakan pula di dalam nya untuk mu sungai-sungai.
( Surah Nuh ayat 10-12 ).

MENINGKATKAN KETAQWAAN.
Firman ALLAH : Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan bagi nya jalan keluar dan memberi nya rezeki daripada arah yang tidak di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluan nya.
( Surah At-Thalaq ayat 2-3 ).

MENGHUBUNGKAN TALI SILATURRAHIM.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang ingin di lapangkan rezeki nya dan di panjangkan umur nya maka hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim.
( H.R.Imam Bukhari dan Muslim ).

MENUNAIKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Lakukan haji dan umrah kerana kedua nya akan menghapuskan kefakiran dan dosa sebagaimana api menghilangkan karat besi emas dan perak.
( H.R.Imam Ahmad ).

MENAFKAH KAN HARTA.
Firman ALLAH : Katakan : Sesungguhnya Tuhan ku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang di kehendaki nya di antara hamba-hamba Nya dan menyempitkan rezeki bagi siapa yang di kehendaki nya. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka ALLAH akan menggantikan nya dan DIA lah pemberi rezeki yang sebaik-baik nya.

MEMBIASAKAN IBADAH DENGAN BENAR.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya ALLAH berfirman : Wahai anak Adam ! Sibukkanlah untuk beribadah kepada KU nescaya AKU akan penuhi dada mu dengan kekayaan dan AKU tutup ke atas mu kefakiran. Jika tidak kamu lakukan nescaya AKU penuhi kedua tangan mu dengan kesibukan dan dan tidak AKU tutup ke atas mu kefakiran.
( H.R.Imam Ahmad ).

HIJRAH DI JALAN ALLAH ( FISABILILLAH ).
Firman ALLAH Subhanahu wa Taala : Barangsiapa berhijrah di jalan ALLAH nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.
Barangsiapa yang keluar dari rumah nya dengan maksud berhijrah kepada ALLAH dan Rasul Nya kemudian kematian menimpa nya ( sebelum sampai ke tempat yang ingin di tuju nya ) maka sungguh telah tetap pahala nya di sisi ALLAH. Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Surah An-Nisa’ ayat 100 ).

TAWAKKAL KEPADA ALLAH.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Seandai nya kalian mahu bertawakkal kepada ALLAH dengan sebenar-benar nya maka pasti ALLAH akan memberikan rezeki kepada mu sebagaimana burung yang di beri rezeki. Pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.
( H.R.Imam Ahmad dan Tirmidzi ).

Komentar ditutup.