#HANYA BEROLEH PENAT DAN LETIH BERJAGA MALAM# By : Aidah Yazid

 

Sholat berjaga malam saja

 

#HANYA BEROLEH PENAT DAN LETIH BERJAGA MALAM#

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Berapa banyak orang yang bersolat tetapi yang didapatinya dari solat itu hanyalah letih berjaga malam sahaja.” (Hadith Riwayat Nasai)

Solat adalah tiang agama dan syi’ar bagi masyarakat Islam. Allah SWT menyuruh hambaNya bersolat adalah supaya mereka selalu mengingatiNya dan menghampirkan diri kepadaNya. Dari kerana itu hendaklah solat itu disempurnakan syarat, rukun dan sunat-sunatnya supaya solat itu menjadi sah pada hukum zahirnya dan hendaklah pula disempurnakan adab batinnya iaitu ‘khusyu” sewaktu mengerjakannya, kerana ia merupakan ‘roh’ kepadanya, dan hati orang yang bersolat itu adalah tempat pandangan Allah SWT yang menentukan nilai kepada solat tersebut.
Maka apabila seseorang bersolat sedangkan hatinya lalai dari solat, bererti dia tidak menghargai pandangan Allah SWT kepadanya.

Alangkah besarnya bohong seseorang yang lidahnya mengucapkan :
Ertinya : “Aku menghadapkan mukaku kepada Tuhan Yang Menjadikan langit dan bumi…” sedangkan hatinya mengingati lain daripadaNya.
Maka oleh kerana itu pernah Imam Hasan al-Bashri mengatakan :
Ertinya : “Setiap solat yang tidak ada khusyu’ hati bersamanya adalah lebih hampir kepada siksaan.”

“Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke arah lain” ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Maka berusahalah kita untuk mendapatkan khusyu’ dalam solat dengan menghadirkan hati pada setiap bacaan yang kita diucapkan dan tanamkan di dalam hati akan kebesaran Allah SWT dan keagunganNya sambil memandang rendah kepada diri dan rasa malu kepada Allah SWT disertai pula dengan kebimbangan terhadap amalan yang telah dilakukan, apakah ia diterima atau tidak, namun perlu dicampuri dengan menaruh harapan yang besar agar solat kita yang tidak seberapanya itu diterima di sisiNya, bukan kerana keindahan solat yang kita lakukan tetapi hanyalah semata-mata dengan limpah kurnia daripada Allah SWT sahaja.

@Berusaha memahami apa makna bacaan dalam solat dapat membantu kita untuk kusyuk didalam solat..Insyaallah !!!

* Subhanallah, Walhamdulillah, Wala ilaha illallah, Wallahuakhbar,Walahaulawala
Quwata illa billa hil a’liyil a’zim…. Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat….
Allahumma salli ‘ala Muhammadin ‘abdika warasulikan-nabiyyil-ummiyyi wa’ala aalihi wasahbihi wasallim

Iklan

Komentar ditutup.