ZAHIR DAN BATIN SEMBAHYANG

 

Sujud ortu

 

ZAHIR DAN BATIN SEMBAHYANG

Maka adalah bagi sembahyang itu adalah baginya rupa yang zahir yang sempurna. Maka iaitu syaratnya seperti rohnya. Maka rukunnya seperti kepalanya dan badannya. Dan sunat ab?adh itu seperti anggotanya. Dan sunat haiah itu seperti bulu perhiasannya. Dan ada baginya rupa hakikat yang batin. Dan tiada sempurna bagi sembahyang dan tiada tamamnya ( sempurna sembahyang) melainkan dengan mendirikan ia dengan keduanya (zahir dan batin) sekali. Maka adapun rupanya yang zahir, maka iaitu seperti berdiri, dan takbir, dan membaca Fatihah, dan ruku?, dan i?tidal, dan dua sujud, dan duduk antara keduanya, dan duduk tasyahhud, dan tahiyyat, dan salam. Inilah daripada segala rukun yang zahir dan sunatnya dan syaratnya. Adapun hakikat yang batin, maka seumpamanya khusyu? dan hadir hati dan sempurna ikhlas, dan tazallul ( – menghinakan diri di hadapan Allah), dan tafahhum ( – memahami) bagi ma?ani qira?ah ( – makna-makna bacaan), dan tasbih dan lainnya daripada segala wazifah ( – pekerjaan) sembahyang yang batinah. Maka zahir sembahyang bahagian badan dan anggotanya. Dan batin sembahyang bahagian hati dan sir. Dan demikian itu, tempat tilik hak Allah daripada hambaNya, iaitu hati dan sir.

Kitab – MUNYATUL MUSOLLI (Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang)

Komentar ditutup.