NYANYIAN SUKMA

Allah liontin biru

 

 

NYANYIAN SUKMA
———-(Khalil Gibran)———-

Di dasar relung jiwaku ..
Bergema nyanyian tanpa kata;
sebuah lagu yg bernafas di dalam benih hatiku,
Yang tiada dicairkan oleh tinta di atas lembar kulit,

ia meneguk rasa kasihku
dalam jubah yg tipis kainnya,
dan mengalirkan sayang,
Namun bukan menyentuh bibirku.

Betapa dapat aku mendesahkannya?
Aku bimbang dia mungkin berbaur dg kerajaan fana
Kepada siapa aku akan menyanyikannya?

Dia tersimpan dalam relung sukmaku
Karena aku risau, dia akan terhempas
Di telinga pendengaran yang keras.
Pabila kutatap penglihatan batinku

Nampak di dalamnya bayangan dari bayangannya,
Dan pabila kusentuh ujung jemariku
Terasa getaran kehadirannya.
Perilaku tanganku saksi bisu kehadirannya,
Bagai danau tenang yg memantulkan cahaya bintang gemerlapan.

Air mataku menandai sendu
Bagai titik-titik embun syahdu
Yg membongkarkan rahsia mawar layu.
Lagu itu digubah oleh renungan,

Dan dikumandangkan oleh kesunyian,
Dan disingkiri oleh kebisingan,
Dan dilipat oleh kebenaran,
Dan diulang-ulang oleh mimpi dan bayangan,
Dan difahami oleh cinta,
Dan disembunyikan oleh kesedaran siang
Dan dinyanyikan oleh sukma malam.

Lagu itu lagu kasih-sayang,
Gerangan ‘Cain’ atau ‘Esau’
manakah yg mampu membawakannya berkumandang?
Nyanyian itu lebih semerbak wangi daripada melati

Suara manakah yg dapat menangkapnya?
Kidung itu tersembunyi bagai rahsia perawan suci,
Getar nada mana yg mampu menggoyahnya?
Siapa berani menyatukan debur ombak samudra
dg kicau bening burung malam?

Siapa yg berani membandingkan deru alam,
Dengan desah bayi yang nyenyak di buaian?
Siapa berani memecah sunyi
Dan lantang menuturkan bisikan sanubari
Yang hanya terungkap oleh hati?
Insan mana yang berani melagukan kidung suci Tuhan?

Iklan

Komentar ditutup.