7 HIKMAH MEMBACA AL-QURAN By : Ibnu Hasyim At Taq’i

Baca lah quran

Baca quran satu huruf

 

7 HIKMAH MEMBACA AL-QURAN

1. Menghilangkan Dosa
Orang yang sering membaca Al-Quran dan berusaha untuk mengamalkannya,bererti dirinya telah berupaya untuk menghapus segala kesalahan dan dosa yang dia lakukan, sebab di dalam Al-Quran terdapat banyak cara yang dijelaskan bagaimana seseorang untuk menghapus dosa yang dia lakukan, seperti beristighfar kepada Allah SWT.

2. Ubat Mata
Banyak fakta ayng tertulis mahupun yang didengar bahawa sebahagian dari umat Islam yang sudah tua bahkan sampai berumur lebih seratus tahun namun masih dapat melihat dengan baik dan sempurna, selain pola kesihatan fisik, ternyata mereka selalu membuat amalan yang luar biasa iaitu dengan mengamal & membaca Al-Quran setiap masa…Anda boleh buktikan sendiri dengan mengamalkannya.

3. Menjaga Lisan Dari Fitnah dan Memfitnah
Ketika banyak orang yang berkumpul dan saling menceritakan satu sama lainnya, maka kemungkinan besar akan timbul fitnah. Bagi sebahagian umat Islam yang sering membaca Al-Quran, maka mereka akan lebih cenderung diam dan tidak terikut-ikut. Di dalam Al-quran termaktub bahwa bagi mereka yang suka bercerita aib saudaranya sendiri, sama sahaja dengan memakan bangkainya.

4. Meraih Ilmu Pengetahuan
Berbagai Ilmu ada dalam Al-Quran, relevansi Al-Quran sepanjang masa tidak diragukan lagi, terciptanya pesawat, adanya sains dan tekhnologi merupaka inspirasi manusia yang tergali dari kehebatan Al-Quran.

5. Tabungan Akhirat
Banyak-banyaklah membaca Al-Quran dan sering-seringlah mengamalkannya,sebab dengan memperbanyak membaca Al-Quran kita berupaya untuk terus membina tabungan akhirat di masa mendatang nanti.

6. Mengetahui Kedudukan Diri
Anda ingin tahu anda dari golongan mana? Lihat di dalam Al-Quran, apakah anda termasuk dalam kelompok orang-orang yang beriman, atau munafik, atau penakut, atau lemah, kuat dan sebagainya.

7. Aplikasi Segala Kehidupan
Hikmah terbesar yang terkandung dalam Al-Quran adalah aspek segala bentuk tatanan kehidupan di dunia ini, segala sesuatu dapat anda rujuk dalam Al-quran, namun permasalahannyaadalah apakah anda mampu memahami makna yang terkandung di dalamnya, maka dari itulah wajar saja jika kita wajib mempelajari Al-Quran.

Komentar ditutup.